Saturday, August 29, 2009

k...kAli Ni KiTE ciTE paSAl kaYAK LaK...




Definisi
  • Kayak ialah sejenis kenderaan air yang digunakan oleh orang ‘ ESKIMO ‘ •Perkataan kayak bererti “BOT MANUSIA / LELAKI”

CARA PENGGUNAANNYA
  • Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengan kaki mereka ke hadapan.
  • Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (spraydeck)


SEJARAH PERKEMBANGAN


  • Seawal peradaban manusia, kayak sudahpun digunakan secara meluas kerana 75% adalah air. Sehubungan dengan itu manusia pada zaman dahulu menjadikan jalan air sebagai pengangkutan utama.Mereka menjadikan kayak sebagai kenderaan air. Ia dinamakan“KANU DUGOUT”.
  • Di Malaysia kanu dugout dikenali sebagai sampan,kolek dan perahu.Di Eropah, hutannya kaya dengan kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangka kanu daripada kayu dan dindingnya dibuat dari kulit kayu birch .Kenderaan ini dinamakan “KANU CANADIAN". Penghuni Artik mempunyai sumber kayu yang terhad tetapi memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut. Kayak mereka dikenali sebagai “INUIT @ KAYAK ESKIMO.Kebanyakan kayak dan kanu yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa perubahan drastik dari segi bahan, saiz dan berat serta bilangan pendayungnya.


SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA

1865

John MacGregor pelaut British ( Bapa Kayak Moden ) telah mencipta sebuah kayak moden yang di beri nama ‘ ROB ROY ’. Beliau mencipta kayak mencakupi aspekyang lebih luas lagi iaitu sukan, kesenggangan dan pendidikan berbanding sebelumnya yang hanya di gunakan untuk pengangkutan.

1866

Kelab kanu pertama di dunia telah di tubuhkan di Twickenham England

dan di anugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Bertanggungjawab mempopularkan sukan kanu di seluruh England terutama di kalangan pelayar dan golongan atasan.

1877

Persatuan Kanu British (BCU) telah ditubuhkan dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terkenal dan terulung di dunia. Memainkan peranan besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia.

1900 an

Pada 20 Januari 1924, 'International Representanten Shaft Des Kanusport' (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh 19 buah negara.

Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar m kemahiran berkayak apabila Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan 'Eskimo Roll'


Aktiviti pertandingan kayak

Mula berkembang seawal tahun 1924 di mana acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke Vll di Paris. Pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva

Awal tahun 60 an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingan sukan kayakterus bercambah dari kanu polo, surfinmg hinggalah ke acara 'rodeo.


PERKEMBANGAN KAYAK DI MSIA.


1960 an

•bermula seawal peradaban manusia.

•Tujuan utama : sebagai medium pengangkutan dan perdagangan.

•kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek.

1970 an

•Kayak moden mula diperkenalkan. •diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura.


1980-an

'Penang Canoe and Recreation Club' kelab kanu pertama telah ditubuhkan.

Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara.

Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment