Saturday, August 29, 2009

Ape KaTE KitE Cube PaHAm ApE iTU reKREAsi


Perkataan rekreasi berasal daripada perkataan Latin iaitu “Recreatio” yang bermaksud sesuatu yang menyegarkan dan menyembuhkan. Selain itu, pelbagai definisi lain juga diberikan antaranya oleh Kleiber Athal (1995) yang mendefinasikan rekreasi sabagai aktiviti waktu lapang yang boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan serta menekankan kebebasan dan keseronokan, menarik dan tidak bertujuan mendapatkan balasan. Selain itu, rekreasi juga ditekankan sebagai satu bentuk aktiviti (bukan rehat atau lepak) yang pelbagai bentuk dan dilakukan sukarela. Ianya mesti bermula daripada motivasi serta keinginan untuuuk mendapatkan kepuasan diri dan bukannya untuk mendapat habuan. Seterusnya, aktiviti ini mendatangkan perasaan gembira kepada individu yang melakukannya. Disamping itu aktiviti rekreasi juga termasuk dalam kegiatan berbentuk hobi.

1 comment: